setiap kali aku mempunyai masalah. inilah yang aku akan buat. baring. lalu aku menjerit sekuat kuatnya. air mata pasti menemani. letih Ya ALLAH letih :'/ Aku letih begini tetapi Aku tidak letih berdoa. |
" Kadang kadang ALLAH tidak memberikan apa yang kita mahu. Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut. Tetapi kerana ALLAH tahu kita berhak lebih baik daripada itu "
Seghiously, adakalanya aku berasa kaki ini lemah untuk meneruskan langkah langkah seterusnya, tetapi hati ini kuat berbisik, " aku perlu meneruskan kehidupan ". Di suatu ketika, aku pernah tersungkur, lalu ALLAH memberi kekuatan agar aku terus bangkit dan memandang ke hadapan. Aku pernah sakit, lalu ALLAH memberi aku kesihatan yang baik. Aku pernah kecewa dan sering kali berasa sebak, lalu ALLAH memberikan kebahagian kepada aku. Aku pernah hampir berputus asa, lalu ALLAH mengutuskan semangat yang kental agar aku dapat melalui semua itu.
Aku tahu ALLAH tidak pernah mengecewakan aku :'/ Aku percaya, cepat atau lambat, ALLAH pasti memakbulkan doa doa kudusku. Apabila aku merungut, aku terus tersentak, Sehingga hati berbisik sekali lagi " mengapa aku cepat mengalah ? " Wuduk. Aku baring seketika di katil. Berfikir sehingga aku lena. Bila aku buka mata, aku berharap agar masalah berlalu pergi tapi itu semua khayalan. Masalah tidak beranjak. Ianya masih terguh sehingga akan luntur apabila jalan penyelesaian tiba.
Yaa aku tahu. Aku perlu sentiasa mendekatkan diri denganNya. agar aku dapat menghilangkan rasa sedih.hiba.sebak yang aku hadapi setiap kali masalah melanda. |
Semalam dan hari ini, aku mimpi perkara yang sama. Tidak pasti apakah petunjuk yang ingin disampaikan. Aku bertanya kepada ibu bapaku. Mereka hanya menjawab mungkin itu mainan tidur ataupun aku terlalu banyak berfikir. Mustahil. Naluri aku kuat mengatakan, ada sesuatu yang dimaksudkan. Hanya memohon nurNya agar dapat menyuluh jawapan yang aku nantikan.
Assgment. Banyak sekali. Semester sebelum ini dapat diuruskan tanpa kelam kabut. Berbeza dengan semester ini. Rancangan tetap rancangan. Tetapi. Mengapa aku berasa belum nampak hasilnya dan tanjaknya. Semester ini amatlah tidak terurus dan tidak kemas. Perah akal untuk terus mencari ilham.
Karenah manusia. Ya Rabbi, aku mengaku aku tidak sanggup menghadapi kerana takut mengecilkan hati manusia. Mungkin disebabkan itu, aku lebih banyak berdiam dan hanya mengikuti kehendak manusia sehinggakan aku tidak membantah. Aku cuma bersuara untuk beberapa perkara yang aku rasa aku perlu. Selebihnya aku hanya ikut. Memang aku tidak mahu kepala ini dipijak, tetapi ada baiknya aku diam daripada aku bergaduh. Aku tidak mahu ukhwah sesama insan bergolak. Kelak tidak dirahmati. Hendak ditegur, semuanya mempunyai pendapat masing masing. Aku perlu hormat.
Aku rasa setakat ini sahaja luahan hati. jari jemari semakin berat untuk menaip. hati tidak dapat meneruskan kata kata. akal mengatakan cukuplah dan khuatir pula jika ada yang salah faham. mata hanya mampu memandang. telinga mampu mendengar. lidah setajam pedang tidak terasah.
Sekian.
aisyah aqila