gambar hiasan. kata hati. |
Hendak melarikan diri, rasanya tiada guna. Dimana kita tuju pasti ada cabaran jika hendak berjaya. ' Kejayaan tidak datang bergolek. Usaha. Doa. Tawakal '. Ada kalanya aku terpaksa motivasikan diri dengan kata kata yang positif. Kononnya hendak sedapkan hati sendiri. Bila aku hampir give up, aku akan bermonolog di dalam hati. Aku akan sentiasa berkata ' ALLAH memberi ujian ini kerana Dia mahu kita berharap.merayu.terus berdoa kepadaNya.
' Ujian dan dugaan daripada ALLAH merupakan hadiah buat hambaNya '
Di dalam ruang yang kecil ini, aku mencari akal untuk menjadikan diri kembali ceria seperti dulu. Sekarang tak ceria ke ? Ehh. ceria itu masih ada tetapi kurang. Hikhikhik. Aku mohon ALLAH pinjamkan rasa bahagia kepadaku. Hanya kepada DIA aku meminta. Aku mengaku apabila tiba masanya aku ditimpa musibah, aku muhasabah diri. Mungkin ALLAH menegur aku. Lantas aku berdoa agar ALLAH melapangkan dadaku.meluaskan akalku.berkati dah merahmati hidupku.mengasihi dan menyayangi diriku.
gambar hiasan ii sabar aisyah aqila sabar |
Ya ALLAH !
Berikan aku hari ini lebih baik daripada semalam.
Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi manusia yang rugi dan siasia.
Ya ALLAH !
Tenangkan.Damaikan.Amankan hati kecil ini dan emosiku.
Tetapkan hati ini agar terus berharap dan berdoa kepadamu.
'Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH '
Ya ALLAH !
Semoga aku dapat mengawal perasaan marahku.
Semoga aku dapat mendidik kesabaranku.
Semoga aku bijak membuat keputusan.
Berikan aku panduan untuk menguruskan hal duniawi ini.
gambar hiasan iii aku percaya dengan janji ALLAH. hanya menunggu. |