Khamis, 8 Ogos 2013.
Takbir bergema mengejutkan seluruh alam semesta ciptaan dari
yang Maha Agong, Allahu Akbar, Allah Maha Besar. Terpancar rasa gembira di atas
rahmat kurniaanNya kerana seluruh umat Islam telah selesai berpuasa di bulan
Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdullilah. Di pagi yang mulia ini, menunaikan solat
sunat hari raya tanda bersyukur diatas pemberianNya, kemudiaan diikuti dengan
bersalam-salaman memohon kemaafan sesama manusia dan di meriahkan lagi dengan
aktiviti ziarah menziarahi. Hari raya pada tahun ini hanya disambut dengan
sederhana. Tidak meriah seperti tahun lalu. Mungkin kerana tidak pulang berhari
raya di kampung. Kuala Lumpur menjadi pilihan aku dan keluarga untuk beraya
kali ini.
Melihat dunia luar, hari ini dunia diceriakan dengan pakaian
yang berwarna warni. Pelbagai tema warna menjadi pilihan kita semua. Melihat
perkembangan laman sosial seperti facebook, twitter, instagram, dan blog, pelbagai
ragam manusia bersama karenah dimuat naik. Kelihatan wajah riang tawa dari
semua manusia. Namun begitu, di saat kita meraikan Aidilfitri, jangan dilupakan
kepada mereka yang sudah tiada. Al-Fatihah buat arwah arwah yang disayangi dan
dikenali Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Aamin yaa rabbal alamin J
Selasa, 12 Ogos 2013, ku sebut tarikh ini di dalam hati.
Hendak mengeluh rasanya tiada guna. Pada hari itu, kelas akan bermula seperti
biasa. Terasa seperti tidak puas bercuti. Tertanya tanya, mengapa pihak IPT
tidak memberikan cuti yang agak lama. Terlamun aku disini ketika jari jemari
sedang leka menaip apa yang terlintas difikiran. Tidak yakin dengan apa yang
sedang berlaku. Aku cuba mencari apa puncanya namun gagal. Hanya satu yang aku
pasti. Aku semakin menyampah dengan manusia yang sibuk menjaga kain manusia
lain, sedangkan kain sendiri terabak.
‘Ikut hati memang mati’. Aku tidak mahu melayan perasaan
menyampah ini. Dikhuatiri hati ini akan sakit dengan sendirinya. Aku tetap aku.
Tatkala manusia lain sedang hebat bersandiwara di pentas bumi ini dan leka
membualkan perihal manusia lain, aku hanya mampu memerhati segala tingkah laku
mereka. Aku cuma berfikir sehingga bila semua ini akan berhenti dengan
sendirinya ? Kelihatan seperti mustahil. Aku tidak mengerti mengapa manusia sesama
manusia hebat mengkritik tindakan manusia lain. Mengapa tidak dikritik sahaja
apa yang mereka lakukan ?
Aku terus berfikir. Dalam masa yang sama, aku muhasabah diri
sendiri. Tutup pandangan daripada melihat manusia lain. Sentiasa berfikiran
positif dengan menganggap semua manusia mempunyai pandangan sendiri. Aku perlu
hormat dengan tindakan mereka. Rasanya aku tidak perlu berdebat dengan semua
ini. Setiap masa, aku sentiasa berfikir mengapa mengapa dan mengapa. Bila bila
dan bila ianya akan berhenti. Aku sentiasa teringat kata kata mak “Hendak
membina sesuatu yang membahagiakan bukan mudah, tetapi hendak merobohkan
sesuatu sangat mudah”. Aku sedar, fitrah manusia yang Allah ciptakan mempunyai
pelbagai perasaan tetapi aku tidak lupa perasaan yang hadir di dalam diri
dicipta oleh manusia sendiri. Kita sendiri yang akan tentukan samada perasaan
itu membina semangat diri ataupun tidak.
Kedua dua orang tuaku sentiasa berpesan, didalam segala
tindakan perlulah berfikir tentang perasaan orang disekeliling kita walaupun
hakikatnya tidak semua hati manusia mampu kita puaskan. Mereka juga berpesan
agar aku tidak mempunyai sikap ego. Ini kerana, ego terlalu cenderung kearah melakukan
perbuatan yang merugikan diri sendiri, sekali gus hampir tergelincir kearah negatif.
Aku sentiasa ingat, sehebat mana diri kita, itu semua datang daripada
pemberianNya.
KepadaMu, Allah. Aku tahu segala yang aku miliki merupakan
milikMu. Aku sedar aku cuma pemimjam. Akan sampai satu masa, aku memulangkan
semuanya kepadaMu. Kini, aku berharap hatiku semakin cekal untuk menempuh
segala ranjau kehidupan. Aku mohon dijauhkan daripada bala dimana aku harus
menanggung derita ataupun masalah yang puncanya daripada manusia lain.
Sekian.
Fi Hifzillah.