Ya ALLAH !
Hari ini 15 Disember 2012 bersamaan 2 Safar 1434 .UjianMu sungguh berat .Tersiksa perasaan ini .Sekali lagi
,aku kehilangan seseorang yang aku sayang .Arwah adalah datuk saudara aku iaitu
adik tokwan sebelah ibuku .Tidak sampai empat bulan yang lalu ,Arwah TokLong
meninggalkan kami .Kini ,Arwah datuk pergi begitu sahaja meninggalkan kami yang
menyayangi dia .Allah begitu sayang kan Arwah .
Seawal subuh yang sejuk ,ibuku mengejutkan aku .Ibuku cuma berkata
“ada sesuatu yang nak diberitahu kakak” sayu wajah ibu ketika hendak memberitahu
aku .Namun mukanya tenang .Aku menjawab “apa dia ? Kenapa ni ?” Ibuku hanya
mampu menjawab “datuk saudara kakak ,adik tokwan telah kembali kepada Allah
.Dia telah meninggal .” Aku yang pada mulanya mengantuk ,terus membuka mata
seluas luasnya tanda terkejut ,lalu menitiskan air mata .Ibuku berkata lagi “pergilah
bersiap ,kita akan ke Selangor” Aku yang bangun dari katil ,berasa lemah hendak
mengheret kaki berjalan .
Jenazah dimasukkan di dalam van mayat :') |
Ini semua ahli keluarga aku yang membantu menguruskan majlis pengebumian Arwah :') |
Sebelum bergerak ke Selangor ,adikku Aiman membaca surah
yassin .Dua orang adikku yang lain ,mandi dan menunaikan solat subuh .Selepas
mengalas perut agar tidak gastrik,kami sekeluarga terus bergerak menuju ke
Selangor .Tepat jam tujuh setengah kami bertolak . Masa perjalanan diambil
selama tiga jam .Masa aku dan keluarga sampai ,semua ahli keluarga telah
berkumpul dan ada setengah ahli keluarga masih dalam perjalanan .Mula tuu ,aku
nampak tenang .Apabila semua datuk sedara ,nenek sedara , pakcik , makcik dan
ahli keluarga yang lain menyerbu ke arah aku ,kononnya hendak menenangkan aku
,aku terus menangis .Tangisan kecil ahli keluarga yang lain turut didengari .
Arwah seorang yang baik .Sangat baik .Arwah seorang
penyayang .Tambah pulak dengan anak anak dan cucu cucu .Arwah tidak kedekut .Arwah
selalu membantu ahli keluarga sendiri .Kehilangannya amat dirasai .Okayy , masa
aku datang tuu , jenazah telah dikafankan .Pihak pengurusan bagi masa sepuloh
minit jee untuk kitaorang melihat arwah buat kali terakhir .Pastu ,jenazah
disolatkan .Tanpa melengahkan masa ,jenazah dimasukkan di dalam keranda dan
terus menuju ke tanah perkuburan untuk dikebumikan .
Sesungguhnya ,kematian datang menjemput pada bila bila masa
sahaja .Tidak kira usia muda atau tua .Begitu juga dimana mana kita berada
.Kehilangan orang yang kita sayang sangat berat .Apa pun ,kita kena teruskan
kehidupan .Cuma perlu tukar corak kehidupan dimana kita kena teruskan kehidupan
tanpa bergantung harap kepada Arwah lagi .Semoga Arwah dicucuri rahmat .Amin
Amin Ya Rabbal Alamin .
sayu ketika talkin dibaca .
“ Atuk ,aisyah doakan
atuk ditempatkan dengan orang orang yang soleh dan beriman .Aisyah harap atuk
tenang disana .Kami di sini tidak akan lupakan atuk . Atuk ,sentiasa dalam
ingatan .Atuk ,aisyah yakin kami semua akan mengikuti atuk ,cuma takdir ALLAH
yang menentukan segala galanya .Aisyah pasti merindui atuk .Kami sayang atuk
sangat sangat .Atuk di hati kami selamanya .Sayang atuk .”
- cucu saudaramu –
Terima Kasih di atas ucapan takziah daripada anda semua
.Sorry kalau aku tak balas message ,BBM ,whatsapp dan message pesbok . Aku
minta maaf ehh .
Sekian :')
Al - Fatihah
Al - Fatihah