Wednesday 5 December 2012

♥ CORETAN CINTA ♥


Hi buddies . Semoga anda ceria dengan senyuman yang mampu terukir .Okayy , harini aku Cuma nak berkongsi pendapat tentang cinta .Oppss ! Benda yang aku nak kongsi ni ,bukanlah tentang hubungan aku mahupun sesiapa .Cuma ingin meluah rasa jeeee #senyum kambing .Hee Hee Hee ^_^V
Aku rasa benda yang akan dikongsikan ini ,berkemungkinan besar kebanyakan pasangan sudah mengetahuinya .Barangkali ,kauorang muak membacanya .Btw ,aku tak memaksa kauorang baca ehh .Aku ulang sekali lagi ,aku tak memaksa kauorang baca #Hohoho O_0

Percintaan zaman purba dan teknologi sangat berbeza .Benar kah ? Opkos laa berbeza ,cinta zaman purba semuanya serba kekurangan .Tiada alat komunikasi untuk dihubungi .Tiada kenderaan hendak bertemu kekasih .Tiada harta benda atau wang untuk menyambut ulang tahun bersama .Namun begitu ,hubungan pasangan ini terlalu kaya dengan cinta ,kasih sayang dan perngorbanan .Bagaimana pula ,pasangan yang bercinta pada zaman teknologi ?Lihat sahaja semuanya serba lengkap .Tiada apa kekurangan .Tapi …… adakah cinta ,kasih sayang dan perngorbanan mereka sama seperti pasangan zaman purba ? LU PIKIR LA SENDIRI !

Jika kita lihat zaman dulu kala sangatlah daif ,tapi hubungan mereka ? MasyaALLAH , kekuatan mereka tidak rapuh .Seutuh bangunan lama yang masih gah berdiri .Berbanding dengan zaman sekarang ? Mentang mentanglaa mudah dapat . Ngorat jee kat pesbok , Mengayat jee kat henpon ,PING jee kat BBM ,Say HI jee kat WhatsApp ,Hello jee kat Viber ,Tengok jee muka kat skypee . Haaa apa lagi kemudahan sekarang , terus mintak putus .Oloknya jelous dan dituduh curang #angguk angguk geleng geleng kan lah kepala tuu .

Persoalannya .Mengapa semua ini terjadi ?

Aku yakin ,sekirannya soalan ini ditanya ,pasti pelbagai pendapat di keluarkan .Aku juga berasa pelik apabila melihat situasi “apabila setia ,diduakan” “apabila berjanji ,tidak ditepati” “apabila berkorban ,tidak dihargai” “apabila mencintai/menyayangi ,dipermainkan” “apabila jujur ,ditipu” . Ohh macam macam laaa . Kenapa mereka mereka yang berisi hati perut melakukan ini ? Kenapa Kenapa dan Kenapa ?

Tidak kisah laa bercinta jarak dekat ataupun jauh ,sekiranya pasangan pandai menguruskan hubungan , In Shaa Allah . Semuanya akan baik baik sahaja .Hubungan memerlukan ujian dan dugaan bagi menguji kekuatan hati pasangan terhadap pasanganya .Lebih baik bersusah susah dahulu ,senangnya kemudian .Sebuah hubungan melambangkan cara kepimpinan seorang lelaki yang dimana akan membimbing seorang wanita #alololo , syuuuuuitnyeeee .

Dimana mana situasi sekali pun ,lelaki adalah ketua .Haaaa , orang orang lelaki ,kalau dah jadi ketua itu ,bimbinglaa sebaik mungkin bukannya menjadi kan wanita hamba kepada anda . Jangan sampai wanita kata “kepala hotak LU jantan” .Jangan sampai perempuan jadik queen control .Bila jadi queen control ?Alamak , mulaa laa perang meletus .Ada jee tak kena .Maklumlaa Allah kurniakan satu akal untuk golongan hawa dan Sembilan akal diberikan kepada golongan adam .

Sampai di sini sahaja coretan aku sebagai budak mentah .Budak yang akan memasuki alam berusia 19 tahun .Aku masih perlu belajar banyak perkara .Mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa , sakitkan hati ,pereli di mana mana dan segala salah .Segala tunjuk ajar dialu alukan .Semoga Allah memberikan kejayaan dan kebahagian kepada anda di dunia dan di akhirat . Amin Ya Rabbal Alamin .

Sekian.

Do Visit Or Follow My First Blog Too :)