Monday, 5 January 2015

R O D A




Perjalanan kehidupan ini ibarat roda. Kadangkala kita di atas. Kadangkala kita di bawah. Walau di mana pun kita berada, jangan biarkan roda ini berhenti sebelum waktunya. Teruslah berpusing berpusing dan berpusing. Jangan kenal penat. Jangan kenal putus asa. Jangan kenal kecewa. Jangan biarkan diri terus jatuh. 






Nak jadi jahat, sekelip mata. Nak jadi baik, bertalu-talu ujian dan dugaan melanda. Tidak mengapalah, Allah ada. Sabar dan tetap bersabar. Jangan membalas tetapi memperbetulkan. Dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian yang didatangkanNya sebagai satu pengampunan. Manakal dalam keadaan taat, ujian didatangkanNya untuk meningkatkan darjat. *hapuskan keluhan*



SAHABAT .



Hubungan persahabatan yang sejati bukan terbina kerana persamaan tetapi perbezaan, sahabat, mohon dikau sentiasa melengkapi kekurangan diri. Baik dari segi berkongsi ilmu, menegur setiap kesalahan, menyedarkan dari terleka, dan paling penting membawa ke syurga. Sudikah dikau ? Berharap hubungan yang terbina ini jauh dari penyakit hati. 







Al-fatihah kan daku apabila
sudah meninggalkan dunia ini
 buat selama-lamanya.
Kirimkan doa kudus kalian. 



"Saat manusia sibuk berbicara buruk mengenai kita padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu petanda bahawa kehidupan kita lebih indah dari mereka." Habib Syech Bin Abdul Qadir Assegaf.








Jadikan air mata yang jatuh di pipi sebagai penawar dosa-dosa. Semoga Allah meredhai perjalanan ini. Ingat. Jangan disebabkan satu kesalahan, kita lupakan sepuluh kebaikan, kita pendosa tanpa noktah.  Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu, dibalas dengan buah. 





Harapankan selalu ada selagi terus berdoa. Jalan pertolongan dariNya selalu ada. Bagi mereka yang sentiasa berusaha selalu ada yang terbaik bagi mereka yang bertawakal. Yakin pada Allah. Fitnah ? Damailah engkau meneruskan cerita. Kami akan tetap bersatu. Kami akan tetap mempercayai antara satu sama lain. Kami akan tetap menentang. Ingat. Kadang kala, kita nampak kesalahan manusia lain dan perlu menegur agar berubah. Jangan lupa kita juga perlu berubah.



Sekian dari secebis hati. Maafkan andai ada hati yang terasa dengan coretan ini. Fi hifzillah.




عائشة عقيلة