Sunday 12 January 2014

AKU :'/

ASSALAMMUALAIKUM ( :
Hi cantik Hi kacak.





12 Januari 2014

Begitu pantas masa meninggalkan aku. Masih terkial kial mencari sinaran di mana langkah seterusnya. 9 Januari 2014 yang lalu, aku telah selesai membuat sesi pendaftaran semester empat. Akhirnya aku akur. Semester empat k semester empat ? Keep calm dan tempuhi dengan senyuman. walaupun palsu. 15 Januari 2014, Rabu, jika tiada halangan, kelas akan bermula. 








Langit tidak selalunya cerah. Ada kala mendung, ada kala jaleh. Sama seperti kehidupan. Hentaman kepada diri sendiri sentiasa diberi. Aku terfikir sejenak, mencari semua kelemahan diri untuk diperbaiki. Membiarkan manusia lain sibuk dengan urusan mereka. Tidak tertoleh aku kepada mereka.









"Bersangka baik dengan ALLAH. Jika manis, aku dididik erti syukur. Jika pahit, aku dididik erti sabar. Jika dikecewakan, aku belajar hakikat tawakal. Jika cemas, aku belajar bagaimana mengharap. Jika sedikit, aku dididik erti qanaah." Manusia yang sentiasa berfikiran positif akan sentiasa mendapat keputusan positif.  Ianya juga dapat elak perasaan syakwasangka.



DOA senjata mukmin ( :


"dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula berasa sedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman" 3:139. Oleh itu, bermula alam dewasa ini aku semakin berfikir, tiada guna jika aku bersedih dan kecewa kerana manusia. Lebih baik jika aku bersedih dan kecewa jika aku gagal di dunia dan akhirat.




Jangan bersedih, ALLAH bersama kita ( :




Setiap kesabaran akan digantikan dengan kemenangan. Setiap kedukaan akan digantikan dengan kebahagian. Setiap perpisahan akan digantikan dengan pertemuan. Setiap yang berakhir akan bertukar dengan permulaan. Setiap kejadian pasti ada hikmah yang ALLAH berikan. Hanya percaya pada janji ALLAH








Senyum. "Jangan cuba membandingkan kehidupan kita dengan manusia lain, dikhuatiri akan timbul iri hati,hasad dengki dan cemburu" Belajarlah bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan. Jika tidak, boleh terjejas sehingga tergolong dalam golongan kufur nikmat. ALLAH, aku bersyukur kerana Engkau mengirimkan ibu dan ayah yang menyayangi aku. Adik beradik yang menjadi tulang belakangku. Manusia yang sudi menemani aku. 



Terima qada dan qadar ALLAH dan cuba berbahagia dengan apa yang dilalui walaupun sukar. Itu kunci kebahagian. Usah menyebut banyak kali "kalau" kerana itu merupakan sikap waswas. Sesungguhnya waswas ini hadirnya daripada syaitan. 







 "PREPARE MYSELF WELL FROM NOW ON !
 Spritual | Phsyical | Intelectual | Emotional | Social". 


Mohon maaf andai terkasar bahasa.tersindir.terperli.terkata.terbiadap.menyakiti perasaan dan seangkatan dengan itu. Semua yang baik datang dari ALLAH. Semua yang buruk datang dari aku. Mohon undur diri.



Fi Hifzillah,


Aisyah Aqila