Monday 30 December 2013

KEMBALI

#mulakan setiap pekerjaan dengan bismillah







Hi Kacak Hi Cantik
Fi Hifzillah





Alhamdullilah. Aku masih aktif di blog ini. Heeeee. #last hapdate bulan September. Ya Allah. Kemain teruk busy yeee. Sekejap saja masa berlalu, esok dah 2014. G R R R. Ini bermakna aku tidak bisa melarikan diri daripada kenyataan aku makin berusia. aku repeat. makin berusia. #keep calmHampir tiga bulan aku menghilangkan diri di blog. Mohon maaf kepada pengintip yang tegar. 



Kehadiran aku di sini hanya ingin meluah rasa. Bagi sesiapa yang tidak suka mengambil tahu tentang aku, dengan segala hormatnya, aku M O H O N  K E L U A R dari website kerdil ini. Tidak perlu menjadi pengintip  yang tidak berbayar. 



Disebabkan sudah lama aku tidak berleter di sini, mohon tabahkan hatimu tika melayan celotehku. Kehkehkeh c': Actually, aku masih menghabiskan sisa baki cuti semester. 29 November - 24 Disember aku berada di rantauan, Kedah Darul Aman. #kampungku memberi ketenangan. Bebas dari ancaman kota raya. Ehh ehh. 






Hari semalam jadikan pengalaman. Hari ini jadikan sempadan. Ehhh tetiba jee kan ? Okay. Aku tidak tahu luahan penjuru hati mana yang hendak didahulukan. Apa yang pasti, hati ini terlalu banyak kata yang hendak diluahkan. 



Hari demi hari. Aku tempuhi kehidupan ini. 3M masam manis masin, telah aku telan. Dugaan demi dugaan. Cubaan demi cubaan. Ujian demi ujian. Masalah demi masalah. Satu per satu, dengan izin ALLAH, aku lalui cabaran dunia.



Aku akui, suatu ketika dulu semangat bara ini hampir padam. Aku manusia biasa tanpa noktah melakukan dosa. Aku pernah mengeluh dan menangis. Memang tidak menafikan, sekental kental hati ini akan ada rasa lelah. Namun, aku bangkit dengan kata kata negatif manusia. Aku tahu, jika aku rebah mereka akan tertawa dan bicara tanpa henti. Disebabkan aku tahu aku tidak mampu menutup mulut manusia yanag fasih bercerita, aku perlu diam.



Hanya ALLAH yang tahu, aku memendam rasa marah, kecewa, sedih, menyampah, sakit hati dan seangkatan dengannya. Aku berusaha sedaya upaya agar tidak mengeluarkan kata kata ataupun mungkin status yang berbau kekasaran. Aku tidak mahu hati mereka dilukai.



Aku bukanlah manusia yang baik. Mungkin ada sisa kekejaman, tapi sayang tidak sanggup menyakiti sesiapa. Lidah tajam ibarat pedang. Aku memberi amaran kepada diri sendiri. Tidak mahu menunding jari ke arah manusia lain. Sedikit sebanyak, mereka mungkin mengata belakang kerana tindakan aku sendiri. Mungkin saja. Tanpa disedari. 






Mengharap kehidupan ini sentiasa ceria seperti langit ini. Namun bisakah ? Kita merancang,ALLAH menentukan. Jika niat kita i k h l a s, maka segala urusan akan dipermudahkan. Kini, aku semakin yakin dengan janji ALLAH. Memang benar, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.



Kadangkala aku terfikir lalu menyindir diri sendiri, di dalam kehidupan ini jangan fikir diri hampir matang dalam segala urusan walhal masih banyak yang perlu dipelajari. Mohon ingatan aku masih waras agar sentiasa mengambil iktibar daripada pengalaman diri dan manusia lain. 



Aku mohon manusia yang tiada kaitan di dalam kehidupanku jangan mempertikaikan segala urusan peribadi aku. Aku tidak menagih mengharapkan manusia lain menyukai diri ini. Semakin ramai manusia yang mengenali kita,semakin ramai manusia yang mengawasi kita. Aku tidak mahu manusia sempurna mendampingi aku.



Mungkin manusia lain akan nampak diri ini EGO tapi sebenarnya aku cuma bertegas. Aku repeat. T E G A S. Aku ada prinsip. T I D A K  S U K A ? M O H O N  J A U H KAN  D I R I   A N D A  D A R I P A D A  A K U



Aku sentiasa mengingatkan diri, Jika hendak menegur, jangan menghina, memaki, memerli, menyakiti, menyindir. Asal manusia, aku kena berganda ganda ingatkan diri, mereka ada perasaan. Biarlah berperang dengan kesabaran sendiri, jangan mencabar kesabaran manusia lain. 



#3.11 AM


Cukup setakat ini, aku mohon undur diri. In Shaa Allah, aku akan hapdate jika ada ruang di lain waktu. Mohon maaf jika ada kekasaran, menyinggung perasaan, poyo, sindiran atau kata kata negatif. Semoga ALLAH melindungi kalian walau di mana berada c': 


Sekian,
Aisyah Aqila



TERJAH  SINI !