Saturday 21 September 2013

Be Strong Aisyah Aqila :'>


Hi u'olls ! 

Alhamdullilah. Pagi ini, aku bangun dari tidur dengan fikiran yang tenang. Walaupun hakikatnya bebanan di bahu ini masih terasa. Aku cuba mengelak daripada memikirkan bahawa aku perlu menyiapkan tugasan sebagai seorang pelajar. Namun apa daya. Fikiran menyambung tugasan dan terus berfikir lagi. 

Esok. Isnin. Kelas bermula sembilan pagi sehingga sepuloh malam. Aku ulang. Sembilan pagi sehingga sepuloh malam. Ya ALLAH. Seharian di kolej. Terasa sesak dengan tiga kuiz yang akan diadakan dan mungkin geng aku akan buat interview untuk assgment PMG. Ini bermakna aku memerlukan tenaga yang banyak. Kalau ada powerbank yang boleh cas tubuh manusia, pasti aku miliki. 

gambar hiasan.
kata hati.
Hendak melarikan diri, rasanya tiada guna. Dimana kita tuju pasti ada cabaran jika hendak berjaya. ' Kejayaan tidak datang bergolek. Usaha. Doa. Tawakal '. Ada kalanya aku terpaksa motivasikan diri dengan kata kata yang positif. Kononnya hendak sedapkan hati sendiri. Bila aku hampir give up, aku akan bermonolog di dalam hati. Aku akan sentiasa berkata ' ALLAH memberi ujian ini kerana Dia mahu kita berharap.merayu.terus berdoa kepadaNya

Ujian dan dugaan daripada ALLAH merupakan hadiah buat hambaNya '

Di dalam ruang yang kecil ini, aku mencari akal untuk menjadikan diri kembali ceria seperti dulu. Sekarang tak ceria ke ? Ehh. ceria itu masih ada tetapi kurang. Hikhikhik. Aku mohon ALLAH pinjamkan rasa bahagia kepadaku. Hanya kepada DIA aku meminta. Aku mengaku apabila tiba masanya aku ditimpa musibah, aku muhasabah diri. Mungkin ALLAH menegur aku. Lantas aku berdoa agar ALLAH melapangkan dadaku.meluaskan akalku.berkati dah merahmati hidupku.mengasihi dan menyayangi diriku.

gambar hiasan ii
sabar aisyah aqila sabar

Ya ALLAH !
Berikan aku hari ini lebih baik daripada semalam.
Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi manusia yang rugi dan siasia.
Ya ALLAH !
Tenangkan.Damaikan.Amankan hati kecil ini dan emosiku.
Tetapkan hati ini agar terus berharap dan berdoa kepadamu.
'Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH '
Ya ALLAH !
Semoga aku dapat mengawal perasaan marahku.
Semoga aku dapat mendidik kesabaranku.
Semoga aku bijak membuat keputusan.
Berikan aku panduan untuk menguruskan hal duniawi ini.

gambar hiasan iii
aku percaya dengan janji ALLAH.
hanya menunggu.
Coretan aku lahir dari sanubari yang tersirat dan tersurat. Tiada niat merancang. Jari jemari hanya menurut perintah. Akal mengawal setiap kata yang diluahkan. Aku seorang manusia yang berterusan melakukan dosa. Secara sedar dan sebaliknya. Tidak sempurna. Sentiasa berusaha menjadi diri sendiri dan bukan meniru gaya manusia lain. Manusia yang tidak mengenaliku boleh berkata belakang tentang diriku. Tiada terdaya hendak menghalang kerana mulut manusia sukar kita tutup, hanya mulut tempayan mampu kita tutup.

Mungkin aku sukar difahami.

Sekian.

aisyah aqila

LUAHAN HATI

Alhamdullilah. Aku masih bernafas disaat ini. Ketika ALLAH memberi tamparan dugaan dan ujian yang hebat sekali gus menegur aku mungkin. Dua tiga menjak ini, diriku ibarat ombak dilautan yang bergelora diiringi pasang surutnya. 

Aku berasa diriku tidak terurus. Huru hara dek masalah yang datang bertubi tubi. Semester ini terasa cabarannya. Tidak seperti semester sebelum ini. Setiap hari ada sahaja ragam. Aku mengaku aku rasa longlai. Tertanya tanya sampai bilakah semua ini akan berakhir. Memang tidak dinafikan, ALLAH tidak akan menguji melebihi kemampuan hambaNYA. Ya ALLAH ! #Air mata yang sudah lama tidak kelihatan, hadir lagi. Air mata ini bukan kerana tidak bermaya tetapi tanda aku kuat.

Aku tahu setiap masalah yang hadir mampu membuatkan diri ini semakin matang untuk berfikir. Masalah menyebabkan fikiran tiada ruang untuk bernafas. Sesak. Padat. Aku berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Walaupun aku berada di dalam keadaan yang kelam, aku bersyukur. Bersyukur kerana ALLAH mengurniakan manusia manusia yang aku sayangi sentiasa disisi. Cukup bagiku, sekiranya keluarga dan 'seseorang' itu masih setia disisi. 

setiap kali aku mempunyai masalah.
inilah yang aku akan buat.
baring. lalu aku menjerit sekuat kuatnya.
air mata pasti menemani.
letih Ya ALLAH letih :'/
Aku letih begini
tetapi
Aku tidak letih berdoa.
" Kadang kadang ALLAH tidak memberikan apa yang kita mahu. Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut. Tetapi kerana ALLAH tahu kita berhak lebih baik daripada itu "

Seghiously, adakalanya aku berasa kaki ini lemah untuk meneruskan langkah langkah seterusnya, tetapi hati ini kuat berbisik, " aku perlu meneruskan kehidupan ". Di suatu ketika, aku pernah tersungkur, lalu ALLAH memberi kekuatan agar aku terus bangkit dan memandang ke hadapan. Aku pernah sakit, lalu ALLAH memberi aku kesihatan yang baik. Aku pernah kecewa dan sering kali berasa sebak, lalu ALLAH memberikan kebahagian kepada aku. Aku pernah hampir berputus asa, lalu ALLAH mengutuskan semangat yang kental agar aku dapat melalui semua itu.

Aku tahu ALLAH tidak pernah mengecewakan aku :'/ Aku percaya, cepat atau lambat, ALLAH pasti memakbulkan doa doa kudusku. Apabila aku merungut, aku terus tersentak, Sehingga hati berbisik sekali lagi " mengapa aku cepat mengalah ? " Wuduk. Aku baring seketika di katil. Berfikir sehingga aku lena. Bila aku buka mata, aku berharap agar masalah berlalu pergi tapi itu semua khayalan. Masalah tidak beranjak. Ianya masih terguh sehingga akan luntur apabila jalan penyelesaian tiba.

Yaa aku tahu.
Aku perlu sentiasa mendekatkan diri denganNya.
agar aku dapat menghilangkan rasa sedih.hiba.sebak
yang aku hadapi setiap kali masalah melanda.
Semalam dan hari ini, aku mimpi perkara yang sama. Tidak pasti apakah petunjuk yang ingin disampaikan. Aku bertanya kepada ibu bapaku. Mereka hanya menjawab mungkin itu mainan tidur ataupun aku terlalu banyak berfikir. Mustahil. Naluri aku kuat mengatakan, ada sesuatu yang dimaksudkan. Hanya memohon nurNya agar dapat menyuluh jawapan yang aku nantikan. 

Assgment. Banyak sekali. Semester sebelum ini dapat diuruskan tanpa kelam kabut. Berbeza dengan semester ini. Rancangan tetap rancangan. Tetapi. Mengapa aku berasa belum nampak hasilnya dan tanjaknya. Semester ini amatlah tidak terurus dan tidak kemas. Perah akal untuk terus mencari ilham. 

Karenah manusia. Ya Rabbi, aku mengaku aku tidak sanggup menghadapi kerana takut mengecilkan hati manusia. Mungkin disebabkan itu, aku lebih banyak berdiam dan hanya mengikuti kehendak manusia sehinggakan aku tidak membantah. Aku cuma bersuara untuk beberapa perkara yang aku rasa aku perlu. Selebihnya aku hanya ikut. Memang aku tidak mahu kepala ini dipijak, tetapi ada baiknya aku diam daripada aku bergaduh. Aku tidak mahu ukhwah sesama insan bergolak. Kelak tidak dirahmati. Hendak ditegur, semuanya mempunyai pendapat masing masing. Aku perlu hormat.

Aku rasa setakat ini sahaja luahan hati. jari jemari semakin berat untuk menaip. hati tidak dapat meneruskan kata kata. akal mengatakan cukuplah dan khuatir pula jika ada yang salah faham. mata hanya mampu memandang. telinga mampu mendengar. lidah setajam pedang tidak terasah. 

Sekian.

aisyah aqila