Friday 2 August 2013

Kiriman Allah ♥


Hi buddies ! :)
#Semoga kauorang semua sihat walafiat dan berada di bawah jagaan Allah.
Alhamdullilah. Ramadhan yang hadir hampir berlalu pergi. Hanya tinggal beberapa hari lagi, kemudian seluruh umat islam akan menyambut ketibaan Syawal. Begitu pun semua khalifah leka membuat persiapan raya, jari jemariku masih sempat menaip nurkilan kudus.
.
.
.

Sejak dua tiga empat puloh menjak ini, aku melalui pelbagai kisah. Aku tidak tahu dari mana hendak aku mulakan saratan luahan isi hati ini. Apa yang aku pasti, kini kehidupanku benar benar berubah. Jika dahulu aku merasa kekurangan, kini aku merasa dilengkapi. Aku yang sentiasa memandang hadapan, jarang sekali menoleh ke belakang. Sejak tarikh itu, dia melengkapi hidup aku. Walaupun ramai yang menyampaikan berita kurang enak untuk didengari, aku percaya bahawa itu semua tidak mengubah pemikiran aku untuk goyah mempercayai dia. 
.
.
.

Memang benar, hendak membina sesebuah hubungan tidak lah mudah seperti kata kata, tetapi hendak memusnahkan, ianya amatlah mudah. Apa yang paling aku mampu, berdoa agar diberikan kebahagian di dunia dan di akhirat. Sentiasa memohon dijauhi daripada disakiti. Hubungan yang terbina ini sangat memerlukan asas yang teguh agar dapat bertahan lama. Semoga hubungan aku dan dia mampu bertahan sehingga jannah.
.
.
.

Aku dan dia tidak merancang pada mulanya, namun Allah yang menentukan segala-galanya. Tidak terlintas dipikiran aku untuk menjadi seseorang yang disayangi oleh dia. Bersyukur kepada Allah, kerana telah menemukan kami antara satu sama lain. Aku tidak mengharapkan kesempurnaan. Percaya atau tidak, doa kudusku sentiasa memohon kepada Allah, berharap hanya ada satu nama yang disemaikan di dalam hati kecil ini. yaa. satu nama. 



Sekian sahaja nurkilan daripada aku. 

AISYAH AQILA