Thursday 8 August 2013

:'/


Khamis,  8 Ogos 2013.

Takbir bergema mengejutkan seluruh alam semesta ciptaan dari yang Maha Agong, Allahu Akbar, Allah Maha Besar. Terpancar rasa gembira di atas rahmat kurniaanNya kerana seluruh umat Islam telah selesai berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdullilah. Di pagi yang mulia ini, menunaikan solat sunat hari raya tanda bersyukur diatas pemberianNya, kemudiaan diikuti dengan bersalam-salaman memohon kemaafan sesama manusia dan di meriahkan lagi dengan aktiviti ziarah menziarahi. Hari raya pada tahun ini hanya disambut dengan sederhana. Tidak meriah seperti tahun lalu. Mungkin kerana tidak pulang berhari raya di kampung. Kuala Lumpur menjadi pilihan aku dan keluarga untuk beraya kali ini.



Melihat dunia luar, hari ini dunia diceriakan dengan pakaian yang berwarna warni. Pelbagai tema warna menjadi pilihan kita semua. Melihat perkembangan laman sosial seperti facebook, twitter, instagram, dan blog, pelbagai ragam manusia bersama karenah dimuat naik. Kelihatan wajah riang tawa dari semua manusia. Namun begitu, di saat kita meraikan Aidilfitri, jangan dilupakan kepada mereka yang sudah tiada. Al-Fatihah buat arwah arwah yang disayangi dan dikenali Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Aamin yaa rabbal alamin J



Selasa, 12 Ogos 2013, ku sebut tarikh ini di dalam hati. Hendak mengeluh rasanya tiada guna. Pada hari itu, kelas akan bermula seperti biasa. Terasa seperti tidak puas bercuti. Tertanya tanya, mengapa pihak IPT tidak memberikan cuti yang agak lama. Terlamun aku disini ketika jari jemari sedang leka menaip apa yang terlintas difikiran. Tidak yakin dengan apa yang sedang berlaku. Aku cuba mencari apa puncanya namun gagal. Hanya satu yang aku pasti. Aku semakin menyampah dengan manusia yang sibuk menjaga kain manusia lain, sedangkan kain sendiri terabak.



‘Ikut hati memang mati’. Aku tidak mahu melayan perasaan menyampah ini. Dikhuatiri hati ini akan sakit dengan sendirinya. Aku tetap aku. Tatkala manusia lain sedang hebat bersandiwara di pentas bumi ini dan leka membualkan perihal manusia lain, aku hanya mampu memerhati segala tingkah laku mereka. Aku cuma berfikir sehingga bila semua ini akan berhenti dengan sendirinya ? Kelihatan seperti mustahil.  Aku tidak mengerti mengapa manusia sesama manusia hebat mengkritik tindakan manusia lain. Mengapa tidak dikritik sahaja apa yang mereka lakukan ?




Aku terus berfikir. Dalam masa yang sama, aku muhasabah diri sendiri. Tutup pandangan daripada melihat manusia lain. Sentiasa berfikiran positif dengan menganggap semua manusia mempunyai pandangan sendiri. Aku perlu hormat dengan tindakan mereka. Rasanya aku tidak perlu berdebat dengan semua ini. Setiap masa, aku sentiasa berfikir mengapa mengapa dan mengapa. Bila bila dan bila ianya akan berhenti. Aku sentiasa teringat kata kata mak “Hendak membina sesuatu yang membahagiakan bukan mudah, tetapi hendak merobohkan sesuatu sangat mudah”. Aku sedar, fitrah manusia yang Allah ciptakan mempunyai pelbagai perasaan tetapi aku tidak lupa perasaan yang hadir di dalam diri dicipta oleh manusia sendiri. Kita sendiri yang akan tentukan samada perasaan itu membina semangat diri ataupun tidak.




Kedua dua orang tuaku sentiasa berpesan, didalam segala tindakan perlulah berfikir tentang perasaan orang disekeliling kita walaupun hakikatnya tidak semua hati manusia mampu kita puaskan. Mereka juga berpesan agar aku tidak mempunyai sikap ego. Ini kerana, ego terlalu cenderung kearah melakukan perbuatan yang merugikan diri sendiri, sekali gus hampir tergelincir kearah negatif. Aku sentiasa ingat, sehebat mana diri kita, itu semua datang daripada pemberianNya.




KepadaMu, Allah. Aku tahu segala yang aku miliki merupakan milikMu. Aku sedar aku cuma pemimjam. Akan sampai satu masa, aku memulangkan semuanya kepadaMu. Kini, aku berharap hatiku semakin cekal untuk menempuh segala ranjau kehidupan. Aku mohon dijauhkan daripada bala dimana aku harus menanggung derita ataupun masalah yang puncanya daripada manusia lain.



Sekian.
Fi Hifzillah.
Aisyah Aqila

Friday 2 August 2013

Kiriman Allah ♥


Hi buddies ! :)
#Semoga kauorang semua sihat walafiat dan berada di bawah jagaan Allah.