Saturday 13 July 2013

Ketentuan ALLAH


Hi buddies ! 

Apa khabar ? Sihat ? Macamana dengan life kauorang ? bahagia ? derita ? Semoga semuanya dibawah jagaan ALLAH. Aamin yaa rabbal alamin. Entry terakhir pada 26 Jun. woooww woooww, lama betul aku tak hapdate blog. Sorry u'olls.

Alhamdullilah. Hampir dua minggu berlalu aku telah memasuki semester tiga. Semuanya hampir sempurna. hampir sahaja. Apa yang paling penting, aku bahagia dengan kehidupan yang dijalani. Aku redha dengan semua yang berlaku. Aku tak menyesal dengan segala keputusan yang dibuat. # ehh ehh. Aku mampu bernafas walaupun sesak. Kini, air mata yang sering menemani aku tidak lagi kelihatan. 


Ya ALLAH, Ya Rabbi, 
Terima kasih kerana sentiasa menemani aku disaat susah.duka.menangis.sepi.sunyi.lemah.hiba. 
Engkau tempat aku meluah rasa perasaan hati kecil ini. 
Engkau tempat aku bergantung nasib.
Engkau segala-galanya bagiku.
ALLAHU AKBAR.
ALLAH MAHA BESAR.


Biarpun sukar melalui semua itu, tetapi aku berasa mudah. Ini semua kerana adaMu. Aku mohon sanubari ini mampu menempuhi onak duri. Aku mohon diberi kekuatan untuk melalui plot ujian dan dugaan yang saat getir. Aku percaya Dia tidak meninggalkan aku. Aku akan terus berdoa sehingga nadiku berhenti. 
Mengeluh.


Diriku bukanlah seorang penulis novel.seorang ahli sastera.seorang pustaka.Aku adalah Aisyah Aqila.Seorang pendosa tanpa noktah. Aku tidak pernah mengatur ayat ketika hendak meluahkan rasa. Aku menaip apa yang terlintas difikiran. Walaupun bercelaru kerana diganggu dek pelbagai bayangan. Namun, aku tetap aku. Bukan ingin menjadi insan lain.


Berhenti.


Aku akhiri nota ringkas ini. Fi-Hifzillah - semoga ALLAH menjaga anda semua. Mohon maaf jika ada melukakan hati memana pihak.Terkasar bahasa.Tercuit hati. Semoga kita dapat bergurau senda di lain hari. Waalaikummusalam whb.


Salam Rantauan.


Aisyah Aqila.