Tuesday 23 July 2013

BICARA HATI ♥


Hi buddies ! :D
Hug and kiss.


Apa khabar semua ? Sihat ? #Alhamdullilah. Semoga kauorang dibawah jagaan ALLAH. Semoga juga kauorang masih mempunyai kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa. Aamin yaa rabbal alamin.


Melihat kota raya Kuala Lumpur, sentiasa dipenuhi manusia. Jarang sekali suasana longgar. Kelihatan semuanya sedang membuat persediaan untuk menyambut bulan syawal. Begitu cepat bukan ? Di lorong kaki lima, pusat membeli belah dan kawasan bazar, kedengaran lagu lagu hari raya sudah pun bermain. Di sambut pula dengan bunyi mercun dan bunga api. Kononnya hendak memeriahkan suasana, walhal dalam masa yang sama boleh menyebabkan pelbagai punca yang bakal menyusahkan orang awam. 


Alhamdullilah, hari ini 15 Ramadhan. Nampaknya seluruh umat islam telah pun memasuki fasa kedua di dalam bulan yang mulia ini. Semoga kualiti ibadah semakin meningkat. Semoga juga dapat memelihara dan mendidik nafsu, rohani, iman dan jiwa kita. 


Di bulan Ramadhan yang dipenuhi rahmat, aku berharap kesabaran dan ketabahan untuk menjalani kehidupan di muka bumi sebagai khalifah semakin meningkat. Aku mohon ALLAH memberikan petunjuk di setiap kesulitan yang dialami olehku. Aku percaya, ALLAH sentiasa mendengar doa kudusku ini. Dia, Maha mendengar segala luahan sanubari yang memendam sejuta perasaan. Hanya Dia, Maha Mengetahui segala-galanya.


Kehidupan yang aku lalui kini bertambah baik daripada sebelumnya. Aku bersyukur kerana ALLAH sentiasa hadir menemani aku. Dia, Maha Mengetahui apa yang aku lalui. Apa yang aku harapkan kini dan selamanya, aku diberi hidayah dan nur untuk setiap kesusahan.kesulitan.kesukaran yang ditempuhi. Aku hanya percaya pada kuasaNya. Dia, Maha Agung. Allahu Akbar. Pencipta seluruh alam semesta. Tertunduk sujud aku menghadapMu, lemah tanpaMu.



Aku, pendosa tanpa nokhtah. Sentiasa berdoa kepada ALLAH agar membimbing hidupku. Aku pasrah.rela.yakin dengan segala utusanNya yang hadir di dalam hidupku. Aku tahu utusan yang Dia berikan adalah terbaik daripada yang terbaik. Terima kasih ALLAH. Sujud syukur aku lakukan untuk semuanya. Aamin yaa rabbal alamin.
.
.
.
.
Sekian bicara hati berbisik buat seketika.

Salam Rantauan.

Aisyah Aqila ! ^_^V