Tuesday 25 June 2013

ALHAMDULLILAH ♥


Hi buddies ! (':

Apa khabar semua ? Harap sihat walafiat di bawah jagaan Allah. Amin ya rabbal alamin.

Isnin, 25 Jun 2013 bersamaan 16 Sya'aban 1434, aku masih berkesempatan melihat dunia walaupun jerebu semakin menguasai ruang udara. Lusa, khamis 27 Jun 2013 aku akan daftar masuk semester tiga bagi pelajar human resource management. Bermula 1 Julai 2013, In shaa Allah jika tiada halangan, kelas akan bermula. Semoga semester baru berjalan dengan lancar. Walaupun hanya dua puloh hari sahaja aku cuti semester, bagi aku sudah cukup memadai. Heeeeeeeeeee.

Sujud syukur kepadaMu, Ya Rabb.
Allah. Yang Maha Pengasih.
Maha Penyayang.
Maha Mengetahui.
Maha Berkuasa.
Perancang terhebat.


Ucapan Alhamdullilah aku lafazkan. Seluruh tubuhku sujud di tikar sejadah diiringi air mata. Tanda bersyukur kepadaMu di atas segala rahmat pemberianMu. Terima kasih kerana Engkau telah sudi memakbulkan doa doaku selama ini. Khamis 20 Jun 2013, aku pulang ke Kedah Darul Aman. Berjumpa dengan tokwan setiap kali cuti semester itu adalah tugasku. Petang, amer solihin whatapp aku, dia bagitahu " caaa, result dah keluar.Check la cepat ". Pehtuu nur adila call " caaa, kau dapat berapa ? result dah keluar ". Pehtuu lagi, maya shuhada call " caaa, kau dapat berapa ? ibu suruh tanya " Pehtu lagi dan lagi, manusia yang disayangi menghantar message, call, whatapp, we chat, twitter, efbee secara berjemaah, semua tanya result.

Aku jawab " aku kat kampung. Manada lappy. Nanti aku pergi CC. Dah dapat result, aku bagitahu okayy. "  Cuak laa duh. Haippp

Dalam hati aku, hangguk betul result keluar masa aku kat kampung. Berdebar habis. Dengan line internet BB slow. Sabar habis. Dengan desakan manusia bertanya soalan yang sama. Dengan kadar segeranya juga, aku pergi CC. Masuk CC pun berdebar. Duduk, buka google chrome. Taip CMS #### ##. Klik jeee my profile. Terus ke bahagian academic information. Bila aku tengok, terus menjerit. Alhamdullilah. Cari handphone, call mak.  Dia orang pertama yang tahu result aku. Mak dengar.terkelu.menitik air mata. Aku terkedu. Menangis tanda gembira. Akhirnya keputusan semester ini lebih baik daripada semester lepas. In shaa Allah, aku akan cuba kekalkan keputusan ini dan perbaiki keputusan dari semasa ke semasa.

Lepas aku call mak. Aku reply semua message dan call manusia yang prihatin terhadap aku. Alhamdullilah. Kebanyakkan budak kelas aku cemerlang dan ada yang dekan. Amin yaa rabbal alamin. Doa kita semua termakbul. Walaupun target budak kelas aku nak duduk kelas sesama lagi tapi alhamdullilah pada masa yang sama, pointer kami semua cemerlang. Seharian bunyi handphone, ucapan tahniah tidak putus putus diberikan antara satu sama lain.

# Di kesempatan yang ada, saya AISYAH AQILA BINTI MAZLAN ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah dan rakan rakan seperjuangan terutamanya rakan rakan sekelas kerana telah memberikan ilmu,tunjuk ajar dan kerjasama sepanjang semester dua. Terima kasih kepada semua pensyarah kerana menghalalkan ilmu yang di beri. 

Ucapan khas terima kasih kepada : 
  • Puan Norraha Binti Razak : Pensyarah Human Resource Management
  • Puan Wan Yusrina Binti Wan Yusuf : Pensyarah Proficiency English II
  • Cik Norhidayah Binti Samat : Pensyarah Business Mathematics And Statistic
  • Cik Nurdiyana Syahirah Binti Razali : Penyarah Organizational Behaviour.
  • Cik Rosnida Binti Mamat : Pensyarah Concept And Application Of Technology
  • Encik Yahya Bin Jaafar : Pensyarah Pengajian Malaysia
Semoga semester akan datang dan seterusnya lebih cemerlang. Semoga cita cita aku dan rakan rakan semuanya tercapai. Semoga usaha kami di berkati oleh ALLAH.

Nurkilanku terhenti di sini. Semoga kita berjumpa di masa akan datang di dalam post yang baru daripada aku. Mohon maaf sekiranya ada yang terguris hati.terkasar bahasa.tersalah cakap.terOver sana sini. Heeeeeeeeee. FI HIFZILLAH - Semoga Allah Menjaga anda semua. Amin ya rabbal alamin.

Salam Rantauan.

Aisyah Aqila