Saturday 20 April 2013

KELUHAN INSAN LEMAH

Hari ini aku memandang langit biru.Alhamdullilah aku lafazkan.Allah memberi peluang untuk aku turun sujud kepadaNya.Menghala muka ke luar jendela,melihat anak kecil bermain bersamasama.Alangkah indahnya jika zaman kecil aku dikembalikan.Tiada masalah.Tiada duka.Tiada air mata.Hanya ketawa.Senyum.Namun kini,kaki yang semakin berat ini perlu melangkah.Mengharungi ujian dan dugaan Allah yang mencabar.

Allahu Akbar.Allah Yang Maha Besar.
Allah Sekalian Alam.

Aku bukan seorang novalis.Aku bukan seorang sasterawan negara.Aku bukan seorang ustazah.Aku menulis sekadar meluah rasa.Tiada niat mengejar publisiti mahupun populariti.Tiada niat bermegahan.Tiada niat untuk mendongak dagu mahupun mendabik dada.Tiada niat juga untuk menjual cerita murahan.Sekali lagi aku katakan.Aku menulis sekadar meluah rasa.

Pagi ini aku bernafas seperti biasa,entah bila aku akan berhenti menghembus nafas,tidak aku pasti.tetapi selagi aku bernafas aku akan terus berjuang menjadi seorang anak yang berjasa kepada kedua dua orang tuanya.Menjadi pelajar yang bertungkus lumus mengejar ilmu.Mencari hala tuju dan arah untuk mengecapi kejayaan.

Duhai ibu, Duhai ayah.
Sentiasa mendoakan kejayaan anakmu ini.
Sentiasa merestui perbuatan anakmu ini.
Sentiasa memberi semangat ketika aku jatuh mahupun rebah.
Sentiasa memberi nasihat ketika aku berduka.
Kalian, Ratu Dan Perwira Hatiku.
Semoga Allah membalas jasa Kalian.
Doa doaku sentiasa mengiringi kalian.

Sejenak di tikar sejadah,aku berpikir sehingga terasa sempit laluan udara hendak melalui minda.Ya Allah,Aku bersyukur.Aku berterima kasih.Aku insan lemah,namun Engkau masih memberi petunjuk kepada Aku.Alhamdullilah segala doa doa aku termakbul.Sesungguhnya aku serahkan segala urusan hidup dan matiku kepadaMu,Ya Allah.Allah,Tuhan semesta alam.

Ya Allah,Aku mohon bimbinglah setiap langkah kerdilku ini.Suluhkan aku dengan cahaya petunjukMu agar aku tidak berada di dalam kesesatan.Limpahkan Nur HidayahMu keatas diriku.Jangan biarkan aku lemas didalam kedukaan.Aku yakin segala rancanganMu lebih hebat dari rancangan debuku ini.

Walaupun masalah yang hakikinya adalah ujian dariMu membuatkan aku sering rebah di atas muka bumi ini,tetapi aku yakin Engkau tidak akan membiarkan hambaMu berada didalam kedukaan.kesakitan.kecacatan.kelemahan buat selama lamanya.Sering kali Aku mengeluh.Aku letih.Aku penat.Aku tidak bermaya dengan segala ujianMu.Tetapi juga,aku tidak pernah lupa untuk berdoa.Aku tahu hanya kepada Engkau tempat aku mengadu.

Ya Allah,Aku yakin dengan segala aturanMu.Berikan aku ketabahan dan kesabaran untuk terus menjalani kehidupan aku sebagai khalifah bumi,Ciptaan TerAgung olehMu.Berikan aku semangat.Aku mohon agar senarai namuku sentiasa disisiMu.Sedangkan aku tahu akan dosa dosaku.Aku mohon Engkau mengampunkan segala dosa dosaku.Begitu juga Engkau ampunkan dosa dosa kedua dua ibu bapaku,dosa dosa ahli keluargaku,dosa dosa tenaga pengajarku,dosa dosa pemimpinku,dosa dosa sahabatku,dosa dosa orang yang menyanyangi aku dan dosa dosa muslimin dan muslimah.

Sekian Nurkilan Hati kecilku.#Mohon maaf sekiranya aku terkasar bahasa. #Minta Maaf Juga Sudah Lama Tidak Menghapdate Blog Kedua Ini.

Do Visit My First Blog 
http://aisyahaqila.blogspot.com/
Do Visit My Twitter
http://twitter.com/AisyahAqilaAA