Wednesday 2 January 2013

♥ TAHUN 2013 ♥

Hi buddies :) 

Okayy ,Opkos bila sebut pasal tahun baru ,semua orang nak buat azam baru kann ? #Aku ,doakan kauroang semua dapat melaksanakan azam masing masing dan semoga azam kauorang tercapai .Cun ? Ekceli ,Aku tak ada topik nak tulis tentang tahun baru .Maklumlah ,masih berduka dengan kehilangan orang orang yang tersayang .Apa yang Aku harap ,tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya .

Aku hanya mampu melaksanakan tanggungjawab yang masih terbeban di bahu ini .Sebagai anak ,aku perlu membahagiakan kedua dua ibu bapa aku terlebih dahulu sebelum aku membahagiakan orang lain .Aku perlu buat yang terbaik untuk menggembirakan hati mereka .Walaupun bercinta ala ala beruang ,aku perlu focus dengan pelajaran .Aku tidak boleh abaikan pelajaran sama sekali .Bak kata ibu bapa aku ,masa belajar ,perlu belajar ! Masa enjoy ,perlu enjoy ! Masa rehat ,perlu rehat ! Senang cerita apa yang aku buat ,aku kena pandai bahagikan masa dengan semua aktiviti . 

Alright ! Aku juga seperti semua insan diluar sana .Mempunyai  azam setiap masa demi meraih kejayaan .Aku berharap pada tahun 2013 dengan melalui semester kedua dan ketiga ,aku memperolehi kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran sebaik mungkin .Ini semua kerana aku dijadikan contoh kepada adik adik .Walaupun disaat kesusahan datang ,tiada insan hendak berkongsi cerita ,aku tidak perlu bersedih ,kerana ALLAH ,kedua dua ibu bapaku dan ahli keluarga yang lain masih disisi . 

" Aisyah ,sejak kebelakangan ini ,Kau jarang cerita pasal si dia .Apa yang sudah berlaku ? "

Hmm .Biar lah aku berterus terang .Sebenarnya hubungan yang keruh telah menjadi jernih .Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan hubungan kami .Kini ,aku dan dia seperti dulu .Cuma adakalanya aku menSampah dengan orang yang suka kalut tentang hubungan kami .Kalah cerita galaxy ,sensasi dan melodi .Rasa hendak simbah asid pula .#Kejam ! Please laa , mengambil berat dan menyibuk hal orang adalah perkara yang berbeza :)

" Aisyah ,kenapa sekarang ini kau agak garang ? "

Aku bukan Garang .Aku repeat .Aku bukan Garang .Cuma tegas .Aku tidak mahu terlalu berlembut dengan orang sehingga dipijak pijak .#Kesian ! Aku tidak mahu hati kecil ini disakiti .Aku tidak mahu air mata ini mengalir .Sorry kauorang ,kalau aku TERgarang sangat kononnya .

Aku rasa tidak perlu membebel disini dengan makan masa yang terlalu lama .Aku mohon maaf kalau terkasar bahasa .Mengguriskan perasaan kauorang .Aku maafkan kauorang .Semoga Kauorang juga berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat .Mohon tegur kesilapan dan kesalahan aku .Amin Ya Rabbal Alamin :)
Sekian :)

DoVisitMyFirstBlogToo :)

http://aisyahaqila.blogspot.com/