Friday 14 December 2012

SUARA HATI (I)


Aku tak tahu bagaimana hendak mula bicara .Banyak perkara yang sedang aku pikirkan .Hihi .Okay , bila tengok pesbok ramai yang hapdate pasal tarikh .Maklumlah bulan dua belas tahun ini ,terlalu banyak tarikh yang cantik . Melihat new feed macam macam status yang keluar .Tak dilupakan juga status pasal bola .Always Harimau Malaya ♥ 

Menatap calendar handphone ,lalu jari mula membilang bilang .Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ,tahun baru akan menjelang dan aku akan menyambung semester yang seterusnya .Dua tahun enam bulan lagi ,barulah tamat tempoh pengajian aku sebagai graduate human resource management .Hmm .Lambat lagi kann ? Sabar jeelaa -.- Aku harap dan berdoa ,Semoga semester yang akan datang dan seterusnya membawa kejayaan dan kecemerlangan di dalam hidup aku. Amin Ya Rabbal Alamin .

Okayy .Alhamdullilah aku lafazkan kerana ALLAH mengurniakan ibu bapa ,adik beradik dan keluarga yang sentiasa memahami aku .Walaupun aku anak pertama ,aku rasa seperti anak last sebab ibu bapa aku sentiasa bersikap adil apabila melayan anak anak .Alhamdullilah , ALLAH memberikan kawan kawan yang setia menemani disisi aku tidak kira saat susah atau senang . .Alhamdullilah , ALLAH mengirimkan seseorang yang kadang kadang macam tom and jerry perangai kami .Alhamdullilah , ALLAH memberikan aku keluarga dia yang baik .Melayan aku macam anak anak mereka .

Seterusnya ,aku ingin kata kepada mereka diluar sana .Jadilah diri sendiri .Tidak perlu menjadi diri orang lain .Jagalah hubungan awoks awoks tuu sebaik mungkin .Jangan cuba mencacatkan hubungan orang lain .Tak baik okayy .Jangan berasa cemburu dengan kehidupan orang lain ,barangkali kehidupan semua orang berbeza .Ada gembira dan sedih itu normal leee .Apa yang penting ,kita kena pandai menguruskan kehidupan bukan kehidupan menguruskan kita .Ada paham ?

Sampai di sini coretan aku .Nanti aku celoteh lagi .Mohon maaf sekiranya ada ayat yang guriskan hati .Ada tuturkata yang tersentakkan hati .Aku insan yang sangat lemah .Tidak berdaya .Aku insan yang sentiasa bergantung nasib berharap pada Yang MAHA ESA , ALLAH . 

Sekian .