Saturday 15 December 2012

SERUAN ILLAHI ♥


Ya ALLAH !

Hari ini 15 Disember 2012 bersamaan 2 Safar 1434 .UjianMu sungguh berat .Tersiksa perasaan ini .Sekali lagi ,aku kehilangan seseorang yang aku sayang .Arwah adalah datuk saudara aku iaitu adik tokwan sebelah ibuku .Tidak sampai empat bulan yang lalu ,Arwah TokLong meninggalkan kami .Kini ,Arwah datuk pergi begitu sahaja meninggalkan kami yang menyayangi dia .Allah begitu sayang kan Arwah .

Seawal subuh yang sejuk ,ibuku mengejutkan aku .Ibuku cuma berkata “ada sesuatu yang nak diberitahu kakak” sayu wajah ibu ketika hendak memberitahu aku .Namun mukanya tenang .Aku menjawab “apa dia ? Kenapa ni ?” Ibuku hanya mampu menjawab “datuk saudara kakak ,adik tokwan telah kembali kepada Allah .Dia telah meninggal .” Aku yang pada mulanya mengantuk ,terus membuka mata seluas luasnya tanda terkejut ,lalu menitiskan air mata .Ibuku berkata lagi “pergilah bersiap ,kita akan ke Selangor” Aku yang bangun dari katil ,berasa lemah hendak mengheret kaki berjalan .

Jenazah dimasukkan di dalam van mayat :')

Ini semua ahli keluarga aku
yang membantu menguruskan majlis
pengebumian Arwah :')
Sebelum bergerak ke Selangor ,adikku Aiman membaca surah yassin .Dua orang adikku yang lain ,mandi dan menunaikan solat subuh .Selepas mengalas perut agar tidak gastrik,kami sekeluarga terus bergerak menuju ke Selangor .Tepat jam tujuh setengah kami bertolak . Masa perjalanan diambil selama tiga jam .Masa aku dan keluarga sampai ,semua ahli keluarga telah berkumpul dan ada setengah ahli keluarga masih dalam perjalanan .Mula tuu ,aku nampak tenang .Apabila semua datuk sedara ,nenek sedara , pakcik , makcik dan ahli keluarga yang lain menyerbu ke arah aku ,kononnya hendak menenangkan aku ,aku terus menangis .Tangisan kecil ahli keluarga yang lain turut didengari .


Arwah seorang yang baik .Sangat baik .Arwah seorang penyayang .Tambah pulak dengan anak anak dan cucu cucu .Arwah tidak kedekut .Arwah selalu membantu ahli keluarga sendiri .Kehilangannya amat dirasai .Okayy , masa aku datang tuu , jenazah telah dikafankan .Pihak pengurusan bagi masa sepuloh minit jee untuk kitaorang melihat arwah buat kali terakhir .Pastu ,jenazah disolatkan .Tanpa melengahkan masa ,jenazah dimasukkan di dalam keranda dan terus menuju ke tanah perkuburan untuk dikebumikan .



Sesungguhnya ,kematian datang menjemput pada bila bila masa sahaja .Tidak kira usia muda atau tua .Begitu juga dimana mana kita berada .Kehilangan orang yang kita sayang sangat berat .Apa pun ,kita kena teruskan kehidupan .Cuma perlu tukar corak kehidupan dimana kita kena teruskan kehidupan tanpa bergantung harap kepada Arwah lagi .Semoga Arwah dicucuri rahmat .Amin Amin Ya Rabbal Alamin .


sayu ketika talkin dibaca . 

“ Atuk ,aisyah doakan atuk ditempatkan dengan orang orang yang soleh dan beriman .Aisyah harap atuk tenang disana .Kami di sini tidak akan lupakan atuk . Atuk ,sentiasa dalam ingatan .Atuk ,aisyah yakin kami semua akan mengikuti atuk ,cuma takdir ALLAH yang menentukan segala galanya .Aisyah pasti merindui atuk .Kami sayang atuk sangat sangat .Atuk di hati kami selamanya .Sayang atuk .”

- cucu saudaramu –

Terima Kasih di atas ucapan takziah daripada anda semua .Sorry kalau aku tak balas message ,BBM ,whatsapp dan message pesbok . Aku minta maaf ehh .

Sekian :') 

Al - Fatihah